Wednesday, 18 February 2009

Pelajaran bersama Guru Habib Syed Alwi Jufri

Habib Syed Alwi bersama Habib Salim As-Shatiri, Principal of a renowned and prestigious institution of Islamic higher learning called Rubat Tarim (Yemen) Assalamuallaikum, seperti minggu2 yang lalu setiap malam selesa saya serta beberapa rakan serta ahli keluarga yang lain, akan berkumpul bersama dirumah salah sorang pakcik kami untuk menghadiri kelas agama yang dibimbing oleh Habib Syed Alwi Jufri yang berasal dari JAWA yang bermula lepas solat mahgrib berjemaah disertakan dengan bacaan Ratib Al-Haddad.
Alhamdullilah, dengan ada nya blog ini, ingin saya kongsi bersama ilmu yang diberi bersama oleh Habib Syed Alwi Jufri. (Syarat ilmu, seperti yang dikatakan oleh Imam An-Nawawi, ada delapan. Pertama, mengamalkan ilmu yang diketahui. Anas r.a. mengatakan, "Obsesi para ulama adalah membimbing umat, sementara obsesi orang-orang bodoh adalah meriwayatkan." Kedua, menyebarkan ilmu. Allah SWT berfirman, "Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya," (QS At-Taubah: 122). Untuk mendengar ceramah beliau sila klik link berikut Ceramah Agama 17/02/09, mudahan mudahan amalan kita mendapat barakoh dari Allah Swt Amin. Insya-allah jika dipanjangkan usia, saya akan teruskan kemaskini blog ini dari masa ke semasa. Agar kita sama-sama mendapat manfaatnya. Amin..

DARIPADA Zaid bin Thabit r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah menyerikan orang yang mendengar suatu hadis daripada kami lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain.

Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami.

Berkemungkinan juga orang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahaminya.’’ (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

DOWNLOAD

No comments:

Post a Comment